This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Saturday, September 15, 2012

Harga Rumah dan Kedai terus Meningkat. Apakah tindakan ANDA?

Apa khabar semua,

Selamat Hari Malaysia !

Hri ini saya nak kongsi satu berita yang semakin hari, kita rasa semakin sesak nafas membacanya. Ye laa... harga rumah makin naik, nak beli tak mampu. Kalau mampu pula, hati kata "nanti dulu la, ada yang lebih murah nanti".

Ini semua perkara yang selalu dilakukan oleh orang yang kurang mencari ilmu. Bukankah anda juga selalu dengar ayat ini... Ikut HATI MATI. Kenapa tidak bertanya pada orang yan tahu atau cuba mencari ilmu sebanyakkan sebelum membuat keputusan... tak rugi bros and siss...


Harga rumah terus melambung

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Lebih 98 peratus penduduk di sekitar Lembah Klang menyuarakan kebimbangan mereka mengenai kenaikan harga hartanah melebihi kemampuan melalui kaji selidik yang dilakukan oleh iProperty.com.

Menurut laman portal hartanah berkenaan, walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan peraturan baru pembiayaan berkhemah awal tahun ini, namun hanya 54 peratus responden percaya ia mencapai matlamatnya.
Ini berikutan, laporan kaji selidik berkenaan menunjukkan lebih 43 peratus responden memiliki dua buah rumah atau lebih, manakala 25 peratus responden masih gagal memiliki walaupun sebuah rumah.

Berdasarkan laporan berkenaan, jelas menunjukkan harga hartanah akan terus melambung jika golongan spekulator hartanah terus mampu memiliki lebih daripada sebuah rumah dan ia akan menutup kemampuan pembeli rumah pertama yang rata-rata memiliki pendapatan yang rendah.
Ketua Pegawai Eksekutif iProperty Group, Shaun Di Gregorio berkata, Malaysia menawarkan persekitaran pasaran hartanah yang sangat mesra pembeli di rantau ini tetapi tidak bermakna ia menawarkan harga yang mampu dimiliki.

"Mesra pengguna dan mampu milik adalah sesuatu yang berbeza. Apa yang dikatakan mesra pengguna adalah penawaran insentif cukai, kadar faedah yang rendah dan skim perumahan yang menarik."

Tetapi ia tidak menjamin harga hartanah iaitu rumah yang ditawarkan di pasaran berada di kelas mampu dimiliki," katanya pada sidang akhbar selepas majlis Laporan Sentimen Pasaran Hartanah Separuh Kedua 2012 anjuran iProperty.com.

Kaji selidik dalam laporan berkenaan melibatkan 11,966 responden sekitar Lembah Klang dan dijalankan melalui dalam talian sepanjang Julai lalu.
Selain itu, dalam laporan berkenaan, jelas menunjukkan majoriti responden tidak yakin dengan peraturan sedia ada dalam membendung spekulator hartanah.

Di Gregorio berkata, berdasarkan kaji selidik, tiga permintaan tertinggi daripada rakyat sempena pembentangan Bajet 2013 iaitu pengurangan cukai pembiayaan, kadar faedah yang rendah dan skim perumahan yang lebih baik.

"Kaji selidik turut menunjukkan lebih 51 peratus responden mahu kerajaan melakukan lebih banyak inisiatif bagi melindungi pembeli dan mengetatkan undang-undang bagi mengelakkan kenaikan mendadak harga rumah," jelasnya.

Dipetik dari www.utusan.com.my

Thursday, September 13, 2012

Welcome to JomProperty Malaysia !!!

Dear all visitors,

This blog is an alternative source for JomProperty to share all information about Property in Malaysia.

I hope this blog will help you to enrich your knowledge on buying and selling property in Malaysia.


.